Menu untuk 7 orang makan.Saya suka bagi resepi untuk dimasak kepada keluarga besar,senang kerana sesiapa yang tidak pernah masak pun boleh masak.Gunalah periuk elektrik.
p/s: kalau semua perempuan mungkin cukup,kalau lelaki perlu dilebihkan sedikit kot.adik2 saya 4 orang,saya seorang campur umi abah,cukup-cukup sahaja,tak semua boleh tambah.
Bahan :
5 pot Beras
4 ulas Bawang Merah (kecil)
2 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
1 helai daun Pandan (untuk pewangi)
Sedikit Halia
Sedikit Lada (bentuk biji la jangan yang serbuk pula dan jika nak makan la)
Santan secukupnya (ikut seberapa banyak pot beras la kan)
Cara-Cara :
1) Basuh beras tadi 3 kali dengan selawat semoga nasi yang bakal dimasak dijauhkan daripada penyakit dan menjadi pengikat hati semua yang memakannya.ewah tips sikit :p
2) Masukkan santan tadi sampai cukup sukatan periuk elektrik kita mengikut kuantiti 5 pot tadi.
3) Hiris bawang merah dan bawang putih serta masukkan ke dalam beras tadi bersama sedikit lada (jika suka)
4) Ketuk halia dan serai tadi,kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
5) Ingat,simpul daun pandan dan masukkan juga.
6) Akhir sekali,ambil tudung periuk,tanaklah dalam periuk elektrik.
7) Siap masak,siap sedia dimakan bersama sambal tumis,ikan bilis goreng,telur rebus,timun,dan kacang.
Alhamdulillah.selesai kita memasak hari ini.
Credit to : En.Google |
Tips?Tak ada ke?
Jap2...
Tips untuk yang baru belajar masak nasi :
a- kalau tak reti nak agak santan banyak mana,kita boleh ukur guna satu jari,ukur beras sampai mana jari kita,kemudian,jari letak atas beras,tengok ukuran beras tadi pada jari kita sampai mana,masukkanlah santan sampai ukuran tu (tapi angkat la jari dulu ya).
b- ni lagi senang,kan dekat periuk elektrik ada nombor,dah kita masak 5 pot beras,jadi air paras 4.5 atau 5.Ikutlah kalau beras tu jenis cepat lembik (4.5 je ok dah).
c- daun pandan tu koyak sedikit sebelum simpul,baru keluar lagi aroma pandan tu.
d- setiap kali masak selawatlah dan doa supaya orang yang makan masakan kita lembut hati,selera dan berdoalah semoga tiada racun disebabkan masakan kita.
SELAMAT MENCUBA