skip to main | skip to sidebar
  • Home

Solehah's Kitchen

Nasi Lemak Ummi

10:57 AM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Menu untuk 7 orang makan.Saya suka bagi resepi untuk dimasak kepada keluarga besar,senang kerana sesiapa yang tidak pernah masak pun boleh masak.Gunalah periuk elektrik.

p/s: kalau semua perempuan mungkin cukup,kalau lelaki perlu dilebihkan sedikit kot.adik2 saya 4 orang,saya seorang campur umi abah,cukup-cukup sahaja,tak semua boleh tambah.

Bahan :

5 pot Beras
4 ulas Bawang Merah (kecil)
2 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
1 helai daun Pandan (untuk pewangi)
Sedikit Halia
Sedikit Lada (bentuk biji la jangan yang serbuk pula dan jika nak makan la)
Santan secukupnya (ikut seberapa banyak pot beras la kan)

Cara-Cara :

1) Basuh beras tadi 3 kali dengan selawat semoga nasi yang bakal dimasak dijauhkan daripada penyakit dan menjadi pengikat hati semua yang memakannya.ewah tips sikit :p
2) Masukkan santan tadi sampai cukup sukatan periuk elektrik kita mengikut kuantiti 5 pot tadi.
3) Hiris bawang merah dan bawang putih serta masukkan ke dalam beras tadi bersama sedikit lada (jika suka)
4) Ketuk halia dan serai tadi,kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
5) Ingat,simpul daun pandan dan masukkan juga.
6) Akhir sekali,ambil tudung periuk,tanaklah dalam periuk elektrik.
7) Siap masak,siap sedia dimakan bersama sambal tumis,ikan bilis goreng,telur rebus,timun,dan kacang.

Alhamdulillah.selesai kita memasak hari ini.

Credit to : En.Google


Tips?Tak ada ke?

Jap2...

Tips untuk yang baru belajar masak nasi :
a- kalau tak reti nak agak santan banyak mana,kita boleh ukur guna satu jari,ukur beras sampai mana jari kita,kemudian,jari letak atas beras,tengok ukuran beras tadi pada jari kita sampai mana,masukkanlah santan sampai ukuran tu (tapi angkat la jari dulu ya).
b- ni lagi senang,kan dekat periuk elektrik ada nombor,dah kita masak 5 pot beras,jadi air paras 4.5 atau 5.Ikutlah kalau beras tu jenis cepat lembik (4.5 je ok dah).
c- daun pandan tu koyak sedikit sebelum simpul,baru keluar lagi aroma pandan tu.
d- setiap kali masak selawatlah dan doa supaya orang yang makan masakan kita lembut hati,selera dan berdoalah semoga tiada racun disebabkan masakan kita.

SELAMAT MENCUBA

0 comments

Kek Coklat Karemel

10:44 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah



Bahan A (Karemel)

1 sudu besar Gula
4 biji Telur
1/2 tin Susu cair
1/2 tin Susu pekat

Cara-Cara :

1) Pecahkan 4 biji telur ke dalam bekas dan pukul perlahan menggunakan garfu.
2) Campurkan susu cair dan susu pekat dan kacau bersama telur tadi.
3) Kemudian,letak tepi sebentar.
4) Panaskan loyang bulat yang diratakan dengan gula dengan api perlahan supaya gula cair dan tidak hangus.
5) Tuangkan campuran telur dan susu tadi ke dalam loyang yang ada gula.
6) Masukkan ke dalam pengukus,kukuslah sehingga betul2 masak. (dah nampak naik elok dan keras ok la tu)
7) Setelah masak angkat dan sejukkan dalam suhu bilik.

Tips :
a- panaskan dulu pengukus sebelum buat adunan,nanti senang sikit kerja
b-kacau telur perlahan2 supaya nanti karemel melekat dengan kek.
c- pilih loyang yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam pengukus.

Bahan B (Kek Coklat)

1 cawan Minyak Jagung
1/2 tin Susu Cair
1/2 tin Susu Pekat
1/2 cawan Gula
1 cawan Serbuk Koko
4 biji Telur
1 cawan Tepung Gandum (diayak)
1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat
1/2 sudu kecil Serbuk Penaik

Cara-Cara :

1) 'Blend' telur sehingga kembang.
2) Masukkan minyak jagung,susu pekat,susu cair,gula dan serbuk koko.
3) Kacau kesemua bahan sehingga sebati di atas api perlahan.
4) Kemudian,masukkan telur berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau.
5) Sebelum tutup api,masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik.
6) Masukkan adunan tadi ke dalam loyang karemel dan kukus sehingga masak.
7) Setelah itu,sejukkan dah terbalikkan di atas pinggan.Lihatlah ini hasilnya.




Tips :
a- nak tau telur tu dah kembang elok,biar buih telur banyak.
b- gula boleh dikurangkan lagi jika tak nak manis sangat. Selama saya buat suku atau 1/2 elok dah.agak2 boleh juga.
c- tepung dan telur tu masukkan selang seli dan kacau,masukkan dan kacau.sampai sebati eloklah ya.
d- api jangan kuat sangat,agak panas ja dan klu blh agak perlahan dia tu,api yang mcm nak tutup dh tu.Bagi mengelakkan adunan tu pekat.
e- Kalau nak kek cantik,tapis setiap adunan tadi tu contohnya macam adunan karemel sebelum masukkan dalam loyang dan adunan kek coklat tu,nanti baru halus je.Tiadalah ketulan tepung atau soda.
f- nak tau kek dah masak ke belum,cucuk dengan lidi,jika kek tidak melekat,masak dah la tu.

Alhamdulillah Selesai.

SELAMAT MENCUBA RESEPI MUDAH INI.

0 comments

Mi Kuah Bujang

8:58 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Bahan : 

Daging
Air
Ubi keledek
Bawang Putih
Bawang Merah 
Cili Padi
Lada Hitam(serbuk/ditumbuk)
Kicap
Sayur Sawi

Hiasan :

Bawang Goreng
Cili Merah (Besar)

Cara-Cara :

- Rebus daging smpai empuk
- Rebus Ubi Keledek,lenyek n masukkan ke dlm rebusan daging
- Kemudian masukkn bwg putih n bwg merah yg ditumbuk,cili padi yg dihiris tengah,kicap n serbuk lada hitam.
- Akhir sekali masukkn sayur sawi
- Biarkan smpai mendidih dan siap
- Hiaskan dgn bwg grg n hirisan Cili merah besar


SELAMAT MENCUBA


0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)
  • Eksperimen Kek Coklat Keju Kukus
  • Aneka Rasa Riau (Ayam Penyet dan Sambal Belacan)

About Me

My photo
Ummu Mariah Solehah
View my complete profile

Followers


Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (3)
    • ►  November (3)
  • ►  2018 (3)
    • ►  July (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  September (1)
  • ▼  2014 (4)
    • ▼  October (3)
      • Nasi Lemak Ummi
      • Kek Coklat Karemel
      • Mi Kuah Bujang
    • ►  January (1)





Copyright (c) 2010 Solehah's Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.