skip to main | skip to sidebar
  • Home

Solehah's Kitchen

Homemade Whipping Cream

1:52 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah



Saya cuba dengan campakan bahan sahaja.

Bahan-bahan:

1 sudu besar Ovalate
5 sudu besar Susu Pekat
4 sudu besar Susu Tepung Full Cream
2 sudu kecil Gula Halus
1 mangkuk Ais Ketul


Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang besar supaya memudahkan proses putaran.

Awas! Hati-hati. Ais akan terpelanting

2) Putar sehingga kembang dan gebu.
3) Lebihan boleh simpan di dalam peti sejuk bahagian atas (Frost).

Cara guna: 
1) Boleh diputar bersama cream cheese bila-bila masa dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba.



0 comments

Kue tiow sup tumis

11:14 AM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Versi campak2 apa yg ada

2 bungkus kuw tiow
Ayam utk rencah
2 inci halia
4 ulas bawang putih
*tumbuk bagi pecah2 je.
Sayur2 ikut suka nk letak sayur apa
2 sudu makan rempah sup(jgn membukit ye..agak2 je dlm 2 sudu) terlalu banyak rempah nanti xsedap 
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu air perahan limau nipis @ cuka
Air secukupnya 
Garam
Sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaannya:
Tumis bawang dgn halia sampai naik bau.
Masukkan ayam kacau2 sekejap.
Masukkan rempah sup. Kacau2 kejap je lepas tu cepat2 masukkan air. Kalau lambat nanti hangit sb rempah xbancuh.
Rebus ayam sampai agak dah empuk.
Masukkan sos tiram, lada hitam dan cuka.
Tunggu kuah mendidih sekejap baru masukkan kue tiow dan sayur.
Kalau sayur keras mcm carrot ke putik jagung ke masukkan sayur dulu lah baru masukkan kuw tiow.
Perasakan dgn garam.
Siap!

Kalau suka nk letak telur blh letak.
Bye😉



Terima kasih.

Selamat Mencuba.

Kredit Resepi FB : Syaakirah Mohamad

0 comments

Egg chic bolognese (273 kalori)

11:27 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah

2 biji tomato *Kisar
Cili padi atau cili besar (optional) 
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
100 gram ayam
1 biji telur
Black pepper
1 tsp serbuk jintan manis
Oregano/mixherbs

Cara penyediaannya:
1) Kisar tomato dan cili besar dengan sedikit air

2) Tumis bwg putih, bawang besar dengan sesudu minyak

3) Masukkan tomato kisar

4) Masukkan ayam, didihkan sehingga ayam masak. 

5) Masukkan semua perasa, kacau

6) Masukkan sayur dan telur. Jangan kacau. 

7) Telur dah masak. Siap. 

Resepi ini memang sedap. Cubalah!

(nampak cair sbb terlebih air masa kisar tomato 😅)


Resepi : Puan Hasifah

Terima kasih.

Selamat Mencuba ya.

0 comments

❤️Resepi Lodeh Simple Bondaku❤️

11:12 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah

3 batang lobak merah Carrot
1 biji Kobis sebesar telapak tangan 
1 biji Sengkuang cari yang besar
1 paket Suun (segenggam, rendam lama) 
1 paket Fucuk @ 3 keping Tauhu Kering (3 keping yang besar, rendam lama) 
1 1/2 Kiub Ikan Bilis (optional)
Serbuk Kunyit
3 batang Serai yang besar @ 5 batang kalau kecil
500 ml Santan
*7 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah besar
*7 ulas bawang merah kecil
*2 cm halia

Jom mula masak!
1. Blend bahan *, tumis, masukkan serai yang dititik
2. Masukkan carrot, sengkuang dan kiub ikan bilis. Biar lama sikit. 
3. Masukkan air dan serbuk kunyit, biarkan mendidih. Kuantiti perlu ikut instinct😅
4. Masukkan santan, teruskan mengacau
5. Masukkan kubis, suun, fucuk
6. Garam dan gula. Ikut instinct juga😅
7. Bila nampak kobis dah masak, kuah lodeh is done~😘


Resepi: Afifah Bariman

Terima kasih.

Selamat Mencuba.

0 comments

Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)

3:11 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Assalamualaikum wrt. 

Hantaran kali ini merupakan sambungan daripada menu perkongsian sebelum ini. Dalam hantaran ini saya ingin berkongsi kepada rakan sahabat sekalian tentang Asam Pedas Riau dan pencuci mulut Laksamana Mengamuk.

ASAM PEDAS RIAU
8 ORANG

10-15 biji Cili Padi*
5 ulas Bawang Putih*
5 labu Bawang Besar*
1 inci Jahe (Halia)*
Sedikit Buah Keras*
1 genggam Asam Telunjuk (Belimbing buluh)
1 helai Daun kunyit
3 batang Serai (dititik/diketuk)
5 ketul Ikan Tongkol
Air

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1) Kisar bahan bertanda (*) menggunakan pengisar basah.

2) Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama air.

3) Masukkan ikan tongkol, belimbing buluh, serai dan daun kunyit.

4) Apabila semua sudah sebati dan menggelegak, masukkan garam secukup rasa.

5) Akhir sekali, hidang bersama nasi putih panas-panas ketika hujan renyai-renyai (eh macam best pula kan?hihi)


Asam Pedas di dalam kuali


LAKSAMANA MENGAMUK
30 ORANG

5 biji Mangga
10 biji Kuinin
1 biji Betik
1 biji Tembikai (Semangga)
3 bekas Nata de coco
2 tin Susu Kental (susu pekat)
2 bungkus Santan
Sedikit Garam
2 bungkus Selasih (kembangkan dengan air dahulu)
5 sudu besar Gula (secukup rasa)
1 jag Air
Ais batu

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1) Kupas semua buah dan potong secara dadu atau sesedap rasa.

2) Masukkan santan, susu pekat dan air ke dalam periuk.

3) Didihkan di atas api yang perlahan sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

4) Masukkan sedikit gula jika tidak cukup kemanisannya (pilihan samada lebihkan susu atau tambah gula) dan sedikit garam bagi menaikkan rasa lemak santan.(sedikit je ye, dan hati-hati takut nanti jadi air laut Pantai Cenang. Kang tercengang dan mengamuk orang yang minum.haha)

5) Setelah adunan larut, tutup api dan sejukkan.

6) Masukkan ke semua buah, nata de coco dan selasih ke dalam bekas dan amukkan dengan menuang adunan santan,susu dan air  yang telah sejuk.

7) Hidangkan bersama ais batu. Sedapnya pabila diminum kala panas terik di tepi pantai (wowww.haha) Kepastian yang akan berlaku ialah kita tidak akan sesekali mengamuk setelah minum air atau pencuci mulut ini.

Siap diminum. Kakak minum duluan ya...hehe


Alhamdulillah selesai perkongsian saya tentang menu Pekan Baru,Riau Indonesia yang telah dipelajari...

InsyaAllah boleh cuba nanti, jika sukatannya kurang atau lebih, boleh tinggalkan komen kerana semua ini sukatan olahan melalui agakan saya selepas belajar bersama-sama adik Universiti Islam Riau (UIR).

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

0 comments

Aneka Rasa Riau (Ayam Penyet dan Sambal Belacan)

3:31 AM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Assalamualaikum wrt.

Setelah lama tidak berkongsi menu masakan, dengan izin Allah hari ini saya akan berkongsi beberapa menu hasil perkongsian adik-adik latihan industri (praktikal) dari Universiti Islam Riau (UIR),Indonesia semasa program di sekolah tadi. Resepi ini asalnya dari Pekan Baru,Indonesia,mungkin berbeza bagi daerah-daerah lain.

Antara menu yang dikongsikan ialah ayam penyet bersama sambal belacannya, asam pedas dan pencuci mulutnya ialah laksamana mengamuk. Menarik? Sudah tentu menarik dan teramat sedap...Rugi kalau tak cuba... eh abang kakak laksamana dapur, jangan mengamuk dulu kalau kita berceloteh panjang sedikit.

Saya akan kongsikan resepi olahan untuk 1 keluarga makan iaitu 8 orang,bolehlah masak untuk mak mertua nanti. hihi 

Adik-adik daripada UIR telah berkongsikan resepi untuk lebih kurang 30 orang guru makan. Memang sempurna rasanya. Citarasa Indonesia mungkin sedikit berbeza daripada kita di Malaysia bagi sesetengah orang. Berbeza yang dimaksudkan di sini ialah kepedasan. Saya olah sedikit supaya lebih sesuai dengan kepedasan di Malaysia. Resepinya sama cuma jumlah kandungan berbeza dan rasanya tetap sama. InsyaAllah.

Jom kita mulakan...

AYAM PENYET
8 orang

1 ekor Ayam
8 labu Bawang putih*
3 sudu besar Serbuk Ketumbar*
3 batang Kunyit Hidup @ 2 sudu Kunyit Serbuk*
2 biji Limau Nipis
Garam secukup rasa*
Sedikit air (1 cawan lebih kurang)

CARA-CARANYA:

1) Bersihkan ayam dengan menggunakan limau nipis bagi menghilangkan bau hanyir ayam. (kena tulis tau sebab blog ni memang untuk rujukan sesiapa yang baru bertatih dalam masakan)

2) Kisarkan semua bahan bertanda (*)

3) Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama air dan ayam.

4) Rebus sehingga ayam dan semua bahan tadi mesra bagai merpati dua sejoli.

5) Kemudian sejukkan ayam tadi selama 10-15 minit sebelum digoreng.

6) Goreng sehingga garing dan penyet ayam tadi menggunakan pisau besar (macam dekat kedai tu
jika ada). Kalau tak ada contohi saudara kita kat bawah ni


Ayam yang sedang dipenyet




SAMBAL BELACAN AYAM PENYET
8 orang

5 labu Bawang Besar*
1 labu Bawang Putih*
1 genggam Cili Padi* (boleh ubah ikut selera kalau adik2 Riau ni masak untuk ramai jadi 5 genggam tergolek juga kami kalau orang nogori cun2 je )
2 biji Tomato*
Garam secukup rasa
Gula Merah secukup rasa
Belacan bulat sesedap rasa* (adik2 riau pakai banyak sebab istimewanya sambal ni ialah belacan dan nisbah cili padi td 5 genggam)

CARA-CARANYA:

1) Goreng bahan bertanda (*) dengan minyak yang cukup supaya membuatkan sambal lebih tahan lama dan sedap (saya tambah ja tips ni)

2) Setelah digoreng, bahan-bahan tersebut perlu ditumbuk atau digiling (kalau kisar kering boleh tapi kurang umphhh sebab terlalu hancur) rasa air tangan hasil giling atau tumbuk guna lesung tu lebih holiawww.

3) Kemudian, goreng tanpa minyak bersama gula merah dan garam secukup rasa. Guna kuali goreng langkah 1 tadi lebih afdal jimat,aroma2 lebihan minyak tu menyedapkan lagi.

4) Siap dihidang bersama ayam penyet.Makan bersama nasi putih,nasi ayam,atau nasi minyak pun sedap ni.

Sambal belacan sedang dimasak semula selepas ditumbuk bersama gula merah

Ayam Penyet bersama sambal belacan dan tempe


Bagi mendapatkan Resepi Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk, boleh ikuti hantaran seterusnya.

Selamat Mencuba.

Nota: Akan dikemaskini lagi setelah dicuba.

Perhatian: Saya masih belum mencuba resepi ini seperti hantaran lainnya. Sesiapa yang sudah mencubanya,boleh komen untuk penambahbaikan resepi ini. Olahan saya ini hanyalah sukatan agakan (hahaha. Usah ditanya sukatan tu nak beli mana.hihi)

0 comments

Eksperimen Kek Coklat Keju Kukus

5:44 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah



Alkisahnya kek coklat cheese di dapur solehah...

Walaupun wajahnya kelihatan tidak cantik dan tidak menarik tetapi cubalah rasa dahulu...haha

Alhamdulillah kali ini saya akan kongsikan resepi kek coklat cheese kukus. Saya sebenarnya suka sangat buat eksperimen terhadap resepi-resepi mudah yang dikongsikan di facebook. Ya...resepi kali ini pun saya ikut resepi facebook cuma saya olah dengan cara saya sendiri. Tahukah kenapa ianya dinamakan eksperimen? Jawapannya ialah kek ini merupakan cubaan pertama saya terhadap resepi yang baru saja saya jumpa di FB sebelum saya pulang ke rumah minggu lepas. Setiap kali balik rumah setelah penat berpraktikal, saya ada GOAL TO ACHIEVE. Minggu ini goal saya antaranya ialah buat kek ini. Meskipun sebelum ini saya pernah buat kek coklat juga tetapi cara kali ini berbeza sedikit seperti resepi sebelum ini. Resepi FB ini memberi cara penyediaan yang termudah dan mengambil masa yang tidak terlalu lama. Adakalanya jika kita tidak bereksperimen dengannya sendiri, kita pasti tidak akan tahu cara membuat kek semudah ini, cantik dan sedap. Kali ini saya memang rancang nak buat di dalam bekas-bekas reuse. Bekas-bekas ini dikumpul oleh saya dan sahabat-sahabat yang menyertai bengkel. Alang-alang bekas makanan masih lawa, baik basuh dan guna semula barulah Our World Go Green (saya cuci elok dah ye sebelum guna semula).

Nak beli bahan-bahan kek ini pun macam tragedi juga.hahaha...Seharian kami sekeluarga berjalan sampailah malam, kedai hampir tutup,beli barang-barang mentah pun kalut-kalut. Bahan-bahan kek pun pakai hafal je. Bahan utama dibeli sudah cukup bagi kami. Alhamdulillah,dua goal kami adik beradik yang jelas membuatkan akhirnya semalam tercapai goal kami minggu ini.

BAHAN A (Homemade Cream Cheese)
:: untuk di buat adunan toping

1 Botol Susu Segar Full Milk Dutch Lady
2 sudu makan air Lemon
1 sudu makan yogurt

Cara-cara penyediaannya
a) Didihkan susu segar full milk itu bersama air lemon dan yogurt
b) Kacaukan adunan tersebut sehingga air dan susu terpisah.
c) Susu akan kelihatan berketul-ketul seperti gambar di bawah.



 d) Kemudian tapis cheese tersebut menggunakan kain bersih.
(tips: Jangan guna penapis sebab air tak akan tertapis dan terpisah daripada cheese. Saya guna kain perca tudung umi.Basuh bagi bersih dulu dan baru guna ye.)



e) Setelah air di dalam keju telah tertapis,maka jadilah cream cheese yang diidamkan itu.



f) Taraaaaaaaaa.....inilah cream cheese saya. Sedikit je ni.Sebab itulah cheese utk kek saya tu sedikit dan tak mampu untuk tutup kek coklat.hahaha

Seterusnya...

BAHAN B (Toping kek)
1/2 tin Susu pekat
Cream cheese yang dibuat tadi

Putarkan kedua-dua bahan tadi dan tuang di atas kek.
Sejukkan kek di dalam peti ais dan siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba.

0 comments
Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)
  • Eksperimen Kek Coklat Keju Kukus
  • Aneka Rasa Riau (Ayam Penyet dan Sambal Belacan)

About Me

My photo
Ummu Mariah Solehah
View my complete profile

Followers


Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  January (1)
      • Homemade Whipping Cream
  • ►  2019 (3)
    • ►  November (3)
  • ►  2018 (3)
    • ►  July (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  October (3)
    • ►  January (1)





Copyright (c) 2010 Solehah's Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.