Bahan-bahan:
320 g (2 1/2 cawan) : Gula Perang
150 g : Buttercup
3 biji : Telur
2 1/2 tutup botol : Esen Vanila
315 g (2 1/2 Cawan) : Tepung gandum (diayak)
2 1/2 sudu teh : Soda Bikarbonat (diayak)
1/2 sudu teh : Garam
Coklat Cip/ Coklat Rice
Kekacang/Badam hiris
Cara-Cara Membuatnya:
1) Pukul buttercup dengan gula sehingga sebati/gula hancur menggunakan mixer(bukan kembang sangat tau)
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji (jangan masuk sekaligus ye)
3) Kemudian masukkan esen vanila dan gaul menggunakan senduk
4) Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan garam sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
5) Masukkan sedikit Coklat Cip/Coklat Rice dan kekacang/badam hiris ke dalam adunan.
6) Alas loyang dengan kertas minyak dan masukkan adunan ke dalam loyang tadi serta ratakan.
7) Taburkan Coklat Cip dan Badam hiris ke atas adunan di dalam loyang.
8) Bakar pada suhu 170 celcius dalam masa 30 minit
TIPS:
a)Step 1-2 : guna mixer
b)Step3-5 : guna senduk
c) Saya guna coklat rice sebab bahan tu je ada kat rumah
d) Saya guna badam biji sebab itu je kekacang yang ada,jadi saya panggang dulu badam2 yang sebiji tu, kemudian hiris je.
e)Step 8, kalau dah panaskan oven dalam 200 celcius 10 minit, boleh bakar 150 celcius 30 minit dah cukup.(saya guna suhu ni sbb dah panggang badam kan td,oven dah panas)
f) Nak tahu masak ke belum mcm biasalah cucuk lidi atau garfu ke atas kek.
g) kek saya tu rupa dia sebegitu kerana masak garing sikit gara2 30 minit pertama tak masak lagi, kemudian tambah 10 minit lagi sekali tragedi laras masa tu tercabut,jadi saya agak2 je.
Alhamdulillah delicious,dah nak habis dah,tinggal saki baki nak bawak balik asrama.
MUDAHKAN?
Kredit kepada resipi di facebook. Disebabkan kita menjanjikan resepi mudah2 untuk anak2 muda tambah2 adik2 perempuan kita yang baru nak belajar baking. Resepi simple tapi lazat dan enak. Kira special lah. Kalau nak kahwin pun rasanya dah lulus. Dah boleh buat kek birthday suami dan anak-anak. hehehe... Nak masak tak susah, nak nampak wowww hanya perlu seni,kalau basic kita dah mantap,slow2 bab seni tu kemudian boleh belajar. Memasak ni seni yang mudah untuk kita adaptasi,hanya perlu deria.
Kek Pasrah Segalanya
Kenapa nama dia macam tu ye?haha
Kebetulan
A: "Kek apa ni?"
K: *Nak cakap pasrah segalanya jela kek ni jadi apa pun* then cakap "Kek Pasrah Segalanya la kot nama dia"
A: "Sebab apa?"
K: "Resepi baru ni tak tau jadi ke x"
Begitulah kisahnya....A: "Kek apa ni?"
K: *Nak cakap pasrah segalanya jela kek ni jadi apa pun* then cakap "Kek Pasrah Segalanya la kot nama dia"
A: "Sebab apa?"
K: "Resepi baru ni tak tau jadi ke x"
Cukup kot setakat ini coretan Dapur Solehah. Tunggu next resepi.