Assalamualaikum wrt.
Setelah lama tidak berkongsi menu masakan, dengan izin Allah hari ini saya akan berkongsi beberapa menu hasil perkongsian adik-adik latihan industri (praktikal) dari Universiti Islam Riau (UIR),Indonesia semasa program di sekolah tadi. Resepi ini asalnya dari Pekan Baru,Indonesia,mungkin berbeza bagi daerah-daerah lain.
Antara menu yang dikongsikan ialah ayam penyet bersama sambal belacannya, asam pedas dan pencuci mulutnya ialah laksamana mengamuk. Menarik? Sudah tentu menarik dan teramat sedap...Rugi kalau tak cuba... eh abang kakak laksamana dapur, jangan mengamuk dulu kalau kita berceloteh panjang sedikit.
Saya akan kongsikan resepi olahan untuk 1 keluarga makan iaitu 8 orang,bolehlah masak untuk mak mertua nanti. hihi
Adik-adik daripada UIR telah berkongsikan resepi untuk lebih kurang 30 orang guru makan. Memang sempurna rasanya. Citarasa Indonesia mungkin sedikit berbeza daripada kita di Malaysia bagi sesetengah orang. Berbeza yang dimaksudkan di sini ialah kepedasan. Saya olah sedikit supaya lebih sesuai dengan kepedasan di Malaysia. Resepinya sama cuma jumlah kandungan berbeza dan rasanya tetap sama. InsyaAllah.
Jom kita mulakan...
AYAM PENYET
8 orang
1 ekor Ayam
8 labu Bawang putih*
3 sudu besar Serbuk Ketumbar*
3 batang Kunyit Hidup @ 2 sudu Kunyit Serbuk*
2 biji Limau Nipis
Garam secukup rasa*
Sedikit air (1 cawan lebih kurang)
CARA-CARANYA:
1) Bersihkan ayam dengan menggunakan limau nipis bagi menghilangkan bau hanyir ayam. (kena tulis tau sebab blog ni memang untuk rujukan sesiapa yang baru bertatih dalam masakan)
2) Kisarkan semua bahan bertanda (*)
3) Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama air dan ayam.
4) Rebus sehingga ayam dan semua bahan tadi mesra bagai merpati dua sejoli.
5) Kemudian sejukkan ayam tadi selama 10-15 minit sebelum digoreng.
6) Goreng sehingga garing dan penyet ayam tadi menggunakan pisau besar (macam dekat kedai tu
jika ada). Kalau tak ada contohi saudara kita kat bawah ni
Ayam yang sedang dipenyet |
SAMBAL BELACAN AYAM PENYET
8 orang
5 labu Bawang Besar*
1 labu Bawang Putih*
1 genggam Cili Padi* (boleh ubah ikut selera kalau adik2 Riau ni masak untuk ramai jadi 5 genggam tergolek juga kami kalau orang nogori cun2 je )
2 biji Tomato*
Garam secukup rasa
Gula Merah secukup rasa
Belacan bulat sesedap rasa* (adik2 riau pakai banyak sebab istimewanya sambal ni ialah belacan dan nisbah cili padi td 5 genggam)
CARA-CARANYA:
1) Goreng bahan bertanda (*) dengan minyak yang cukup supaya membuatkan sambal lebih tahan lama dan sedap (saya tambah ja tips ni)
2) Setelah digoreng, bahan-bahan tersebut perlu ditumbuk atau digiling (kalau kisar kering boleh tapi kurang umphhh sebab terlalu hancur) rasa air tangan hasil giling atau tumbuk guna lesung tu lebih holiawww.
3) Kemudian, goreng tanpa minyak bersama gula merah dan garam secukup rasa. Guna kuali goreng langkah 1 tadi lebih afdal jimat,aroma2 lebihan minyak tu menyedapkan lagi.
4) Siap dihidang bersama ayam penyet.Makan bersama nasi putih,nasi ayam,atau nasi minyak pun sedap ni.
Sambal belacan sedang dimasak semula selepas ditumbuk bersama gula merah |
Ayam Penyet bersama sambal belacan dan tempe |
Bagi mendapatkan Resepi Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk, boleh ikuti hantaran seterusnya.
Selamat Mencuba.
Nota: Akan dikemaskini lagi setelah dicuba.
Perhatian: Saya masih belum mencuba resepi ini seperti hantaran lainnya. Sesiapa yang sudah mencubanya,boleh komen untuk penambahbaikan resepi ini. Olahan saya ini hanyalah sukatan agakan (hahaha. Usah ditanya sukatan tu nak beli mana.hihi)