skip to main | skip to sidebar
  • Home

Solehah's Kitchen

Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)

3:11 PM | Publish by Ummu Mariah Solehah

Assalamualaikum wrt. 

Hantaran kali ini merupakan sambungan daripada menu perkongsian sebelum ini. Dalam hantaran ini saya ingin berkongsi kepada rakan sahabat sekalian tentang Asam Pedas Riau dan pencuci mulut Laksamana Mengamuk.

ASAM PEDAS RIAU
8 ORANG

10-15 biji Cili Padi*
5 ulas Bawang Putih*
5 labu Bawang Besar*
1 inci Jahe (Halia)*
Sedikit Buah Keras*
1 genggam Asam Telunjuk (Belimbing buluh)
1 helai Daun kunyit
3 batang Serai (dititik/diketuk)
5 ketul Ikan Tongkol
Air

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1) Kisar bahan bertanda (*) menggunakan pengisar basah.

2) Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama air.

3) Masukkan ikan tongkol, belimbing buluh, serai dan daun kunyit.

4) Apabila semua sudah sebati dan menggelegak, masukkan garam secukup rasa.

5) Akhir sekali, hidang bersama nasi putih panas-panas ketika hujan renyai-renyai (eh macam best pula kan?hihi)


Asam Pedas di dalam kuali


LAKSAMANA MENGAMUK
30 ORANG

5 biji Mangga
10 biji Kuinin
1 biji Betik
1 biji Tembikai (Semangga)
3 bekas Nata de coco
2 tin Susu Kental (susu pekat)
2 bungkus Santan
Sedikit Garam
2 bungkus Selasih (kembangkan dengan air dahulu)
5 sudu besar Gula (secukup rasa)
1 jag Air
Ais batu

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1) Kupas semua buah dan potong secara dadu atau sesedap rasa.

2) Masukkan santan, susu pekat dan air ke dalam periuk.

3) Didihkan di atas api yang perlahan sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

4) Masukkan sedikit gula jika tidak cukup kemanisannya (pilihan samada lebihkan susu atau tambah gula) dan sedikit garam bagi menaikkan rasa lemak santan.(sedikit je ye, dan hati-hati takut nanti jadi air laut Pantai Cenang. Kang tercengang dan mengamuk orang yang minum.haha)

5) Setelah adunan larut, tutup api dan sejukkan.

6) Masukkan ke semua buah, nata de coco dan selasih ke dalam bekas dan amukkan dengan menuang adunan santan,susu dan air  yang telah sejuk.

7) Hidangkan bersama ais batu. Sedapnya pabila diminum kala panas terik di tepi pantai (wowww.haha) Kepastian yang akan berlaku ialah kita tidak akan sesekali mengamuk setelah minum air atau pencuci mulut ini.

Siap diminum. Kakak minum duluan ya...hehe


Alhamdulillah selesai perkongsian saya tentang menu Pekan Baru,Riau Indonesia yang telah dipelajari...

InsyaAllah boleh cuba nanti, jika sukatannya kurang atau lebih, boleh tinggalkan komen kerana semua ini sukatan olahan melalui agakan saya selepas belajar bersama-sama adik Universiti Islam Riau (UIR).

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

0 comments
0 Responses

« Newer Post Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)
  • Eksperimen Kek Coklat Keju Kukus
  • Aneka Rasa Riau (Ayam Penyet dan Sambal Belacan)

About Me

My photo
Ummu Mariah Solehah
View my complete profile

Followers


Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (3)
    • ►  November (3)
  • ▼  2018 (3)
    • ▼  July (2)
      • Aneka Rasa Riau (Asam Pedas dan Laksamana Mengamuk)
      • Aneka Rasa Riau (Ayam Penyet dan Sambal Belacan)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  October (3)
    • ►  January (1)





Copyright (c) 2010 Solehah's Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.